Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball. Dengan kaedah ni, anda boleh tumpukan komitmen kewangan untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa. Dan untuk akaun-akaun hutang yang lain, anda hanya perlu membuat pembayaran minimum saja.
Anda dinasihatkan untuk mengumpul dana tabung kecemasan terlebih dulu (paling kurang, RM1,000). Lepas tu, anda boleh gunakan pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda satu persatu.
Anda perlu senaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar hutang yang bakinya paling minimum terlebih dulu. Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah terlebih dulu, anda akan dapat selesaikan hutang dengan lebih cepat. Ini akan menjadi motivasi buat anda untuk terus membayar hutang yang lain.
Apa yang tak best tentang teknik snowball ini?
Kaedah ni mungkin akan ambil tempoh masa yang lama untuk selesaikan semua hutang yang ada. Pembayaran minimum yang anda buat pulak, mungkin akan jadi sebab kepada pengumpulan faedah yang akan panjangkan tempoh pembayaran semula hutang yang lain.
Jom tengok bagaimana teknik snowball berfungsi. Katakan, anda ada hutang seperti berikut :
1) Bil letrik tertunggak = RM500 (dengan bayaran minimum RM50 sebulan),
2) Kad kredit = RM2,500 (dengan bayaran minimum RM63 sebulan),
3) Hutang kereta = RM7,000 (dengan bayaran minimum RM135 sebulan),
4) Hutang PTPTN = RM10,000 (dengan bayaran minimum RM96 sebulan).
2) Kad kredit = RM2,500 (dengan bayaran minimum RM63 sebulan),
3) Hutang kereta = RM7,000 (dengan bayaran minimum RM135 sebulan),
4) Hutang PTPTN = RM10,000 (dengan bayaran minimum RM96 sebulan).
Dan katakan, anda ada duit lebihan RM500 sebulan hasil kerja part-time dan lepas memotong perbelanjaan ke tahap minimum. Anda gunakan RM550 (bayaran minimum RM50 sebulan + RM500) tu untuk langsaikan hutang bil letrik tertunggak, dan hutang tu boleh settle dalam masa sebulan. Anda dah ada lebihan RM550 untuk langsaikan hutang seterusnya, kad kredit.
Kad kredit pulak, anda bayar sebanyak RM613 sebulan (bayaran minimum RM63 sebulan + RM550). Dalam masa lebih kurang 4 bulan, anda dah berjaya sette-kan hutang kad kredit. Yeay!
Sekarang, beralih pulak ke hutang kereta. Dengan duit yang ada (sebanyak RM748 sebulan), anda boleh langsaikan dalam tempoh 10 bulan. Settle!
Dan untuk loan PTPTN pulak, anda dah ada kemampuan sebanyak RM844 sebulan. Dalam masa 12 bulan je, anda boleh langsaikan hutang ni.
Kesimpulannya, dalam masa 26 bulan, anda dah boleh langsaikan hutang sebanyak RM20,000 ni dengan teknik snowball.
Tahniah! Jika bermanafaat, like, share dan follow.
Disclaimer : Berikut adalah tulisan Dr Ahmad Samhan Awang dari FB beliau cuma ditokok tambah oleh penulis.
Comments
Post a Comment