Bagi penjawat awam yang baru dilantik, mereka pada mulanya akan diletakkan di bawah skim KWSP yang mana sebahagian gaji (11%) akan dipotong ke akaun KWSP berserta tambahan caruman (12% @ 13%) daripada majikan.
Apabila disahkan perkhidmatan (kebiasaannya dalam masa 3 tahun selepas pengesahan lantikan), mereka perlu memilih samaada ingin kekal dalam skim KSWP atau berpindah ke skim pencen. Dan pilihan yang dibuat nanti adalah mandatori dan tidak boleh diubah (setakat ini).
Sebagai penjawat awam, memang menjadi dilema sama ada nak memilih skim KWSP atau skim pencen. Hakikatnya, kedua-dua skim ada kebaikan dan keburukannya.
Jom kita lihat antara kelebihan-kelebihan memilih Skim Pencen adalah:
1. Jaminan bekalan kewangan selepas bersara seumur hidup
Selepas bersara, golongan skim pencen akan menerima pencen bulanan pada kadar tertentu, dan meningkat pada kadar 2% setiap tahun. Jadi, mereka tidak perlu risau tentang bekalan kewangan pada usia tua nanti.
2. Jaminan bekalan kewangan kepada waris
Dengan faedah terbitan, waris golongan skim pencen akan menerima ganjaran terbitan dan bayaran pencen setiap bulan jika penerima asal meninggal dunia samaada ketika dalam perkhidmatan atau selepas bersara. Dengan kelebihan ini, mereka tidak perlu risaukan tentang bekalan kewangan kepada waris jika ajal tiba.
3. Ganjaran sekaligus yang tinggi
Setiap penjawat awam yang berpencen sememangnya menginginkan bayaran ganjaran sekaligus (gratuiti) kerana jumlahnya yang besar, hatta bagi golongan berjawatan rendah. Dengan ganjaran yang diterima inilah mereka tunaikan keinginan mereka seperti memulakan perniagaan, menunaikan haji, mengubahsuai rumah dan membuat pelaburan.
4. Lebih banyak ‘disposable income‘
Oleh kerana golongan skim pencen tidak mencarum dalam KWSP, maka mereka mempunyai lebihan pendapatan boleh guna (disposable income) sebanyak 11% berbanding golongan skim KWSP.
Dengan lebihan ini, sudah tentunya mereka boleh berbelanja lebih banyak setiap bulan. Bagi yang cerdik dalam pengurusan kewangan, lebihan ini kebiasaannya disimpan atau dilaburkan.
Dengan lebihan ini, sudah tentunya mereka boleh berbelanja lebih banyak setiap bulan. Bagi yang cerdik dalam pengurusan kewangan, lebihan ini kebiasaannya disimpan atau dilaburkan.
Manakala antara kelebihan-kelebihan memilih Skim KWSP pulak adalah:
1. Tidak terikat untuk bekerja sehingga usia persaraan
Golongan skim KWSP tidak perlu berkhidmat sehingga umur persaraan kerana mereka sememangnya tidak akan menikmati keistimewaan-keistimewaan berpencen kecuali bayaran gantian cuti rehat (GCR) dan faedah perubatan. Jadi, sekiranya mereka mendapat tawaran yang lebih baik di sektor swasta, lebih mudah untuk mereka berhenti kerja kerana tidak kehilangan apa-apa keistimewaan. Bahkan caruman dalam KWSP masih kekal.
2. Simpanan secara paksa-rela
Memilih opsyen skim KWSP adalah salah satu teknik/cara menyimpan duit. Setiap bulan, sebanyak 23% (11% daripada pekerja dan 12% daripada kerajaan) daripada gaji disimpan ke dalam akaun KWSP; satu jumlah yang besar berbanding saranan biasa sebanyak 10%.
3. Boleh dikeluarkan untuk tujuan-tujuan tertentu
Wang dalam akaun KWSP boleh dikeluarkan sebelum tempoh persaraan untuk tujuan-tujuan tertentu mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Antara jenis pengeluaran yang boleh menguntungkan ahli adalah pengeluaran pelaburan ahli, mengurang/menyelesaikan baki pinjaman perumahan, membina/membeli rumah dan ansuran bulanan pinjaman perumahan.
4. Pemantauan lebih mudah
KWSP menyediakan portal i-Akaun untuk memudahkan pencarum melihat penyata jumlah wang yang terkumpul dalam akaun masing-masing secara online dengan mudah. Bagi sesetengah orang, mengetahui jumlah wang yang ada secara real-time amatlah penting lebih-lebih lagi jika ingin merancang pengurusan kewangan dengan baik. Berbeza dengan skim pencen, jika ingin mengetahui jumlah ganjaran atau pencen bulanan yang bakal diperoleh, kira-kira perlu dibuat terlebih dahulu.
5. Pelepasan cukai pendapatan
Seperti yang dinyatakan di atas, golongan skim KWSP layak mendapat pelepasan cukai sehingga RM6000 setahun ke atas caruman yang dibuat.
Persoalannya, KWSP atau Skim Pencen?
Secara mudahnya, Skim Pencen menawarkan jaminan, manakala skim KWSP menawarkan fleksibiliti. Untuk lebih mudah lagi, jika merancang untuk bekerja dengan kerajaan sehingga bersara, pilihlah skim pencen. Tetapi, jika nanti merancang untuk mencuba di sektor swasta atau berniaga sendiri, maka pilihlah skim KWSP.
Anda pilih yang mana?
Jika bermanafaat, sila like, share dan follow.
Disclaimer: Tulisan ini dipetik dari FB Dr Ahmad Samhan Awang dan ditokoktambah oleh penulis.
Comments
Post a Comment