Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball . Dengan kaedah ni, anda boleh tumpukan komitmen kewangan untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa. Dan untuk akaun-akaun hutang yang lain, anda hanya perlu membuat pembayaran minimum saja. Anda dinasihatkan untuk mengumpul dana tabung kecemasan terlebih dulu (paling kurang, RM1,000). Lepas tu, anda boleh gunakan pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda satu persatu. Anda perlu senaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar hutang yang bakinya paling minimum terlebih dulu. Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah terlebih dulu, anda akan dapat selesaikan hutang dengan lebih cepat. Ini akan menjadi motivasi buat anda untuk terus membayar hutang yang lain. Apa yang tak best tentang teknik snowball ini? Kaedah ni mungkin akan ambil tempoh masa yang lama untuk selesaika...