Skip to main content

Posts

Hapuskan Hutang Guna Teknik ‘Snow Ball’

Penasihat kewangan Amerika Syarikat, Dave Ramsay menyarankan satu kaedah mudah yang dinamakan sebagai kaedah snowball . Dengan kaedah ni, anda boleh tumpukan komitmen kewangan untuk membayar satu akaun hutang pada satu masa.  Dan untuk akaun-akaun hutang yang lain, anda hanya perlu membuat pembayaran minimum saja. Anda dinasihatkan untuk mengumpul dana tabung kecemasan terlebih dulu (paling kurang, RM1,000). Lepas tu, anda boleh gunakan pendapatan anda untuk membayar setiap satu akaun hutang anda satu persatu. Anda perlu senaraikan setiap hutang berdasarkan baki dan bayaran bulanan, dan anda perlu membayar hutang yang bakinya paling minimum terlebih dulu.  Dengan melangsaikan hutang dengan jumlah terendah terlebih dulu, anda akan dapat selesaikan hutang dengan lebih cepat. Ini akan menjadi motivasi buat anda untuk terus membayar hutang yang lain. Apa yang tak best tentang teknik snowball ini? Kaedah ni mungkin akan ambil tempoh masa yang lama untuk selesaika...
Recent posts

Rancang Wang #1

Dalam proses merancang kewangan pelanggan, Perunding Kewangan perlu memastikan proses tersebut meliputi keseluhuran aspek. Tujuan utama adalah untuk memenuhi ke perluan pelanggan dan memastikan matlamat kewangan pelanggan tercapai dalam tempoh masa yang sesuai. Beberapa komponen penting yang digariskan oleh IBFIM dalam perancangan kewangan adalah seperti ini. 5 Komponen Pengurusan Kewangan : 1) Wealth Creation Sumber harta mestilah jelas dan dari sumber yang halal. Contohnha dari kerja hakiki, keuntungan dari pelaburan atau harta yang dapat dari pewarisan. 2) Wealth Accumulation Dalam sudut pengumpulan harta pula terdapat aspek pelaburan, pengurusan hutang, dan pengurusan cukai. 3) Wealth Protection and Preservation Setelah kita jelas sumber dan bagaimana mengurus pengumpulan harta, bab ini memastikan harta kita dilindungi dari sebarang risiko kecelakaan yang akan menyebabkan musibah besar dalam kehidupan kita. Untuk tujuan itu, Perunding Kewangan perlu membuat kira-kira...

Skim Pencen Vs Skim KWSP

Bagi penjawat awam yang baru dilantik, mereka pada mulanya akan diletakkan di bawah skim KWSP yang mana sebahagian gaji (11%) akan dipotong ke akaun KWSP berserta tambahan caruman (12% @ 13%) daripada majikan. Apabila disahkan perkhidmatan (kebiasaannya dalam masa 3 tahun selepas pengesahan lantikan), mereka perlu memilih samaada ingin kekal dalam skim KSWP atau berpindah ke skim pencen. Dan pilihan yang dibuat nanti adalah mandatori dan tidak boleh diubah (setakat ini). Sebagai penjawat awam, memang menjadi dilema sama ada nak memilih skim KWSP atau skim pencen. Hakikatnya, kedua-dua skim ada kebaikan dan keburukannya. Jom kita lihat antara kelebihan-kelebihan memilih Skim Pencen adalah: 1. Jaminan bekalan kewangan selepas bersara seumur hidup Selepas bersara, golongan skim pencen akan menerima pencen bulanan pada kadar tertentu, dan meningkat pada kadar 2% setiap tahun. Jadi, mereka tidak perlu risau tentang bekalan kewangan pada usia tua nanti. 2. Jaminan bekalan k...

"Money is a terrible master but an excellent servant" –P.T. Barnum

"Money is a terrible master but an excellent servant" –P.T. Barnum PT Barnum berkata : Duit adalah tuan yang sangat teruk tetapi hamba yang sangat cemerlang. Kata-kata ini sangat dalam ertinya. Dua perbezaan besar bagi orang yang menjadikan duit sebagai tuan dan mereka yang menjadikan duit sebagai hamba. Bagaimana duit menjadi tuan ? 1) Setiap dari kita bekerja untuk mencari rezki. Setiap bulan kita akan dapat hasilnya. Apabila mendapat duit, kita rasakan keseronokannya dan berbelanja tanpa kawalan. 2) Semakin lama kita bekerja, tanpa kita sedar komitmen bertambah, hutang semakin bertambah, keinginan dan nafsu berbelanja semakin besar. Apabila gaji semakin naik, kita rasakan tak pernah cukup. Semakin banyak pendapatab kita, semakin banyak hutang kita dan semakin kuat kita harus bekerja untuk membayar hutang. Kita fikir dengan gaji yang lebih banyak mampu selesaikan masalah kita. Rupaya kita tak sedar, keiinginan kita berbelanja lebih besar. Duit sudah menja...