Dalam proses merancang kewangan pelanggan, Perunding Kewangan perlu memastikan proses tersebut meliputi keseluhuran aspek. Tujuan utama adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan dan memastikan matlamat kewangan pelanggan tercapai dalam tempoh masa yang sesuai. Beberapa komponen penting yang digariskan oleh IBFIM dalam perancangan kewangan adalah seperti ini.
5 Komponen Pengurusan Kewangan :
1) Wealth Creation
Sumber harta mestilah jelas dan dari sumber yang halal. Contohnha dari kerja hakiki, keuntungan dari pelaburan atau harta yang dapat dari pewarisan.

2) Wealth Accumulation
Dalam sudut pengumpulan harta pula terdapat aspek pelaburan, pengurusan hutang, dan pengurusan cukai.

3) Wealth Protection and Preservation
Setelah kita jelas sumber dan bagaimana mengurus pengumpulan harta, bab ini memastikan harta kita dilindungi dari sebarang risiko kecelakaan yang akan menyebabkan musibah besar dalam kehidupan kita. Untuk tujuan itu, Perunding Kewangan perlu membuat kira-kira dan mencadang instrumen takaful yang sesuai.

4) Wealth Purification
Bab penyucian harta adalah soal zakat. Pengiraan terpeinci tentang zakat dari semua sumber kewangan pada zakat pendapatan dan zakat harta. Harta yang suci akan membawa keberkatan rezki.

5) Wealth Distribution
Bab ini pula adalah soal merancang pembahagian harta sebelum pemergian kita. Dalam bab ini termasuklah Faraid, Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian dan sebagainya yang berkaitan.

6) Wealth Donation
Bab ini adalah berkaitan sedeqah, wakaf dan apa jua bentuk sumbangan. Ini bukan kewajipan, namun Perancang Kewangan perlu memberi nasihat sesuai dengan kemampuan dan kehendak pelanggan untuk membuat amal jariah.

Kita berusaha menjaga kehidupan kita dari maksiat yang jelas haram. Tetapi paling merisaukan adalah apabila kita terlibat dengan perkara haram dalam soal kewangan. Ini boleh berlaku tanpa kita sedari. Pengurusan kewangan bukan soal menjadi kaya atau cara menjadi jutawan sahaja. Ia adalah proses komprehensif mengurus kewangan dalam segenap aspek.
Kita bertanggungjawab ke atas harta kerana ia amanah. Perancangan ini bukan sesuatu yang mudah pada zaman sekarang kerana perkembangan ilmu dan hukum berubah dengan laju sesuai keperluan zaman. Kita perlu berusaha supaya setiap inci kewangan kita dirancang dengan baik dan paling penting bersih dan suci.
Disclaimer: Berikut merupakan tulisan Dr Hanzalah dari FB beliau.

Comments
Post a Comment