Skip to main content

"Money is a terrible master but an excellent servant" –P.T. Barnum

"Money is a terrible master but an excellent servant" –P.T. Barnum

PT Barnum berkata : Duit adalah tuan yang sangat teruk tetapi hamba yang sangat cemerlang. Kata-kata ini sangat dalam ertinya.

Dua perbezaan besar bagi orang yang menjadikan duit sebagai tuan dan mereka yang menjadikan duit sebagai hamba.


Bagaimana duit menjadi tuan ?

1) Setiap dari kita bekerja untuk mencari rezki. Setiap bulan kita akan dapat hasilnya. Apabila mendapat duit, kita rasakan keseronokannya dan berbelanja tanpa kawalan.

2) Semakin lama kita bekerja, tanpa kita sedar komitmen bertambah, hutang semakin bertambah, keinginan dan nafsu berbelanja semakin besar. Apabila gaji semakin naik, kita rasakan tak pernah cukup. Semakin banyak pendapatab kita, semakin banyak hutang kita dan semakin kuat kita harus bekerja untuk membayar hutang. Kita fikir dengan gaji yang lebih banyak mampu selesaikan masalah kita. Rupaya kita tak sedar, keiinginan kita berbelanja lebih besar. Duit sudah menjadi tuan kita, dia memberi arahan supaya kita bekerja lebih kuat.

Tetapi menjadikan duit sebagai hamba pula berbeza.

1) Apabila kita dapat hasil, kita akan jadikan duit sebagai hamba kita. Maksudnya begini, kita akan buat supaya duit yang kita dapat itu bekerja supaya menghasilkan lebih banyak duit. Mereka yang punya cara fikir begini adalah orang bijaksana.

2) Mereka sedar gaji bulanan mereka perlu diurus dengan baik supaya manfaatnya nanti dapat dikongsi dengan lebih ramai orang. Untuk tujuan itu mereka perlu menjadi orang bijaksana. Semakin lama mereka bekerja, semakin bertambah asset dan pendapatan pasif mereka. Mereka mampu mengawal keiinginan berbelanja.

3) Cara fikir orang biasa-biasa dengan orang bijaksana berbeza. Dari gaji pertama mereka, kita dapat lihat perbezaan pada hujung tahun pertama. Supaya lebih jelas tunggu tahun sehingga tahun ke 5 dan 10. Masing-masing punya pilihan, tentukan masa hadapan yang kita mahukan.

4) Orang bijaksana berfikir jauh. Mereka jelas tentang masa hadapan anak cucu mereka. Mereka faham tanggungjawab yang mereka galas.


Disclaimer: Berikut merupakan status Dr Hanzalah Mizi di FB beliau.

Comments

Popular posts from this blog

Skim Pencen Vs Skim KWSP

Bagi penjawat awam yang baru dilantik, mereka pada mulanya akan diletakkan di bawah skim KWSP yang mana sebahagian gaji (11%) akan dipotong ke akaun KWSP berserta tambahan caruman (12% @ 13%) daripada majikan. Apabila disahkan perkhidmatan (kebiasaannya dalam masa 3 tahun selepas pengesahan lantikan), mereka perlu memilih samaada ingin kekal dalam skim KSWP atau berpindah ke skim pencen. Dan pilihan yang dibuat nanti adalah mandatori dan tidak boleh diubah (setakat ini). Sebagai penjawat awam, memang menjadi dilema sama ada nak memilih skim KWSP atau skim pencen. Hakikatnya, kedua-dua skim ada kebaikan dan keburukannya. Jom kita lihat antara kelebihan-kelebihan memilih Skim Pencen adalah: 1. Jaminan bekalan kewangan selepas bersara seumur hidup Selepas bersara, golongan skim pencen akan menerima pencen bulanan pada kadar tertentu, dan meningkat pada kadar 2% setiap tahun. Jadi, mereka tidak perlu risau tentang bekalan kewangan pada usia tua nanti. 2. Jaminan bekalan k...

Rancang Wang #1

Dalam proses merancang kewangan pelanggan, Perunding Kewangan perlu memastikan proses tersebut meliputi keseluhuran aspek. Tujuan utama adalah untuk memenuhi ke perluan pelanggan dan memastikan matlamat kewangan pelanggan tercapai dalam tempoh masa yang sesuai. Beberapa komponen penting yang digariskan oleh IBFIM dalam perancangan kewangan adalah seperti ini. 5 Komponen Pengurusan Kewangan : 1) Wealth Creation Sumber harta mestilah jelas dan dari sumber yang halal. Contohnha dari kerja hakiki, keuntungan dari pelaburan atau harta yang dapat dari pewarisan. 2) Wealth Accumulation Dalam sudut pengumpulan harta pula terdapat aspek pelaburan, pengurusan hutang, dan pengurusan cukai. 3) Wealth Protection and Preservation Setelah kita jelas sumber dan bagaimana mengurus pengumpulan harta, bab ini memastikan harta kita dilindungi dari sebarang risiko kecelakaan yang akan menyebabkan musibah besar dalam kehidupan kita. Untuk tujuan itu, Perunding Kewangan perlu membuat kira-kira...